BAB 3 : RAHSIA TARGET PEPERIKSAAN
BERLIAN membawa maksud :-
B-Berilmu & berkemahiran (IQ),
E-Emosi (EQ),
R-Rasional (berfikir secara kreatif & inovasi)
L-Latihan (Amali &Praktikal),
I-Inspirasi (Ilham),
A-Arah (Visi & Misi),
N-Nekad (Pucak jaya)
- Zulkefli Ismail -
(Pakar Motivasi & Teknik Kecemerlangan Pelajar;
PUSAT MOTIVASI BERLIAN).
PENGENALAN : Mengenali diri dengan banyak bercakap dan berkomunikasi dengan diri sendiri(Muhasabah diri),
LANGKAH PERTAMA :
Rahsia Membina Matlamat Hidup, dan untuk keluaran bulan ini cikgu Zul ingin menjelaskan
LANGKAH KEDUA :
Rahsia Target Peperiksaan
Target di dalam Ujian Bulanan dan Peperiksaan Besar anda. Sebenarnya apabila kita membicarakan mengenai target, pelajar mestilah dapat membahagikan kepada dua iaitu Target Jangka Pendek dan Target Jangka Panjang Peperiksaan. Mudah je..
Mula-mula pelajar mestilah memahami maksudnya. Target Jangka Pendek untuk ujian bulanan sahaja manakala Target Jangka Panjang Peperiksaan adalah untuk peperiksaan yang besar seperti UPSR,PMR,SPM & STPM serta yang seumpama dengannya. Pelajar hendak sentiasa merekodkan keputusan yang lepas untuk membuat target jangka pendek. Kemudian barulah buat target anda untuk ujian bulan berikutnya. Pastikan target anda tidak lebih rendah daripada keputusan lepas dan tidak begitu tinggi keputusan yang ditarget.
Hal ini disebabkan bimbang para pelajar akan mengabaikan mata pelajaran lain. Buatlah target secara beransur-ansur peningkatannya dan pastikan semua mata pelajaran berlaku peningkatan markahnya walaupun sedikit.
Seperti contoh di bawah :-
Syafiq mendapat keputusan Ujian Bulan Mac 2011 iaitu Bahasa Melayu 55 (c), Bahasa Inggeris 75 (b), Matematik 40 (d), Sains 40 (d), Agama Islam 80 (a), Perdagangan 50 (c), Kesusasteraan Melayu 65 (b), Prinsip Akaun 20 (e) dan Matematik Tambahan 35 (e).
Oleh itu beliau mestilah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dahulu sebelum membuat target ujian bulan untuk bulan Mei 2011.
Di bawah ini ditunjukkan cara membuat target jangka pendek :-
TARGET JANGKA PENDEK – UJIAN BULAN / PEPERIKSAAN AWAL,PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN (SPM)
KEPUTUSAN UJIAN BULAN MAC 2011 TARGET PEPERIKSAAN BULAN MEI 2011
MATA PELAJARAN MARKAH MATA PELAJARAN MARKAH
Bahasa Melayu 55 Bahasa Melayu 70
Bahasa Inggeris 75 Bahasa Inggeris 85
Matematik 40 Matematik 65
Sains 40 Sains 70
Pendidikan Islam 80 Pendidikan Islam 95
Perdagangan 50 Perdagangan 68
Kesusasteraan Melayu 65 Kesusasteraan Melayu 80
Prinsip Akaun 20 Prinsip Akaun 45
Matematik Tambahan 35 Matematik Tambahan 55
Manakala Target Jangka Panjang Peperiksaan pula, pelajar mestilah memastikan semua keputusan mempunyai markah yang tertinggi iaitu ‘A’. Hal ini disebabkan setiap perjuangan pastinya kita hendakkan yang terbaik. Contohnya begini, katakan Syazwan ingin mendaki gunung kinabalu di Sabah. Pastinya beliau ingin mencapai kemuncak gunung tersebut walaupun belum pernah sampai dikemuncaknya tetapi yang penting ialah keinginan yang meluap-luap atau kemahuan yang berkobar-kobar tanpa mengenal erti putus asa akhir benar-benar akan menjadi kenyataan. Begitu jugalah para pelajar cikgu mestilah mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk mencipta semua mata pelajaran memperolehi markah ‘A’. Jadualnya adalah seperti berikut :-
TARGET JANGKA PANJANG
PEPERIKSAAN (SPM)
MATA PELAJARAN MARKAH
Bahasa Melayu 95 (A)
Bahasa Inggeris 90 (A)
Matematik 85 (A)
Sains 80 (A)
Pendidikan Islam 98 (A)
Perdagangan 96 (A)
Kesusasteraan Melayu 90 (A)
Prinsip Akaun 85 (A)
Matematik Tambahan 80 (A)
TAMPAL DI BILIK ANDA DAN BACA SETIAP PAGI !!
Apa yang penting target mestilah ada perubahan ke arah yang lebih baik. Belum ada orang main bola sepak hendak target kalah 10 berbalas 1, perkara ini tak berlaku. Begitu jugalah para pelajar hendak target peperiksaan anda, jangan pula markahnya semakin rendah sebalik hendaklah terdapat peningkatan walaupun sedikit. Anda juga digalakkan melukiskan graf garis dari awal tahun hingga akhir tahun peperiksaan anda bagi setiap mata pelajaran, mudah anda melihat perkembangan bagi setiap mata pelajaran. Sama ada terdapat peningkatan ataupun penurunan markah. Amalkan kemahiran teknik belajar ini supaya anda sentiasa mengetahui KEKUATAN dan KELEMAHAN DIRI. Apabila seseorang itu mengenali dirinya, barulah dia mampu bertindak untuk mengaturkan strategi atau meminta bantuan orang lain seperti ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru dan sebagainya.
“Manusia Tidak Malas. Mereka hanya mempunyai matlamat yang kabur iaitu matlamat yang tidak membina inspirasi kepada mereka”-Anthony Robbins .Justeru itu, para pelajar mestilah jelas, mengapa kita perlu mempunyai target peperiksaan ini?. Cuba para pelajar bayangkan bagaimana jika seorang juru terbang pejuang yang ingin melancarkan serangan tetapi tidak tahu sasaran. Mereka akan menembak tanpa mengenal musuh ataupun kawan.
Oleh itu tidak berlakunya kejayaan yang sebenar dan yang paling bahaya ialah TELAH TEWAS SEBELUM BERJUANG….Ini bermakna jika anda tidak membuat target peperiksaan anda sebenarnya telahpun tewas sebelum berjuang….persediaan yang tidak mencukupi akan menyebabkan anda semakin meredah diri serta hilang keyakinan terhadap peperiksaan anda… jika perkara ini terus berulang-ulang di dalam hidup anda …..anda akan merasakan peperiksaan sesuatu perkara yang menakutkan dan membosankan diri anda…anda mula mencari helah untuk tidak mengambil peperiksaan …hentikan segera perbuatan anda ini…mulalah mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda serta mengatur perancangan untuk mencipta kejayaan yang unggul.
Setiap perjuangan pasti ada TITIK PERMULAANNYA…. Bak kata peribahasa Melayu “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. LANGKAH KETIGA : Teknik Perancangan dan Pengurusan Masa anda. Perancangan Masa boleh kita bahagikan kepada 4 iaitu Perancangan Tahunan, Perancangan Bulanan, Perancangan Mingguan dan Perancangan Harian. “Demi masa manusia itu di dalam kerugian…..”-Al-Quran. Bersambung…….
No comments:
Post a Comment