Monday, July 11, 2011

10. BAB 2 : MEMBINA MATLAMAT HIDUP



BAB 2 : MEMBINA MATLAMAT HIDUP




“Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu, adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita.”
– Hamka.


“Alangkah sempitnya hidup ini, kalau bukan kerana luasnya   cita-cita.” – Pepatah Arab.


            Apa khabar ? Semoga anda dalam keadaan ceria dan termotivasi setiap hari. Berjuanglah dan bermainlah seolah-olah anda adalah juara pada hari ini… Pada penulisan cikgu Zul yang pertama menerangkan langkah-langkah mengenali peribadi diri dan bertindak ke arahnya. 


LANGKAH PERTAMA : 


Mengenali diri dengan banyak bercakap dan berkomunikasi dengan diri sendiri (muhasabah diri)


LANGKAH KEDUA : 


Membina Matlamat Hidup.



            Bagi keluaran ini Cikgu Zul ingin menyambung apakah perbezaan antara impian tinggi, cita-cita dan matlamat. IMPIAN TINGGI ialah angan-angan anda yang paling utama ingin anda capai pada masa akan datang. Impian anda mungkin banyak tetapi yang paling utama mesti didahulukan. Mungkin anda ingin melaksanakan semua impian anda tetapi bukan secara serentak hinggakan anda hilang fokus dan tumpuan. Anda buatlah pilihan, contohnya anda ingin menjadi doktor, polis dan bomba. Pastinya anda akan sukar memilih kelab ataupun  persatuan sama ada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Polis ataupun Kadet Bomba . Apakah yang anda harus lakukan ialah buat pilihan yang mana anda rasa paling utama. Sekiranya sukar juga anda kena berani mengambil keputusan apakah yang anda ingin dahulukan. Begitulah caranya secara ringkas untuk anda lakukan.

            CITA-CITA pula bermaksud impian yang utama  yang akan dicapai mengikut perancangan dan tindakan anda serta mestilah khusus. Dengan perkataan lain cita-cita merupakan perkara yang realistik iaitu berpijak di bumi yang nyata mengikut apa yang diimpikan supaya menjadi kenyataan. Sebagai contoh, katakan anda ingin menjadi doktor masuklah aliran sains, jika anda ingin menjadi seorang sasterawan masuk aliran sastera manakala ingin menjadi usahawan masuk aliran perdagangan seperti mengambil subjek perdagangan, ekonomi, prinsip akaun dan sebagainya. Sekiranya anda mengambil subjek yang bertentangan dengan cita-cita anda menyebabkan anda akan lewat merealisasikan cita-cita anda dan banyak masa anda akan terbuang serta berasa bosan terhadap subjek tersebut lalu markah peperiksaan anda juga turut terjejas dengan teruknya. Biasanya anda gagal dalam subjek tersebut. Hal ini disebabkan anda tersilap memilih aliran yang sesuai mengikut keperluan cita-cita anda. Dalam kajian cikgu di sekolah dan di universiti ramai pelajar memasuki sesuatu bidang tanpa merujuk kepada orang lain yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Perkara ini harus dipandang serius kerana pelajar lebih suka mengambil subjek-subjek tertentu dengan mengikut kawan-kawan di sekolah. Anda harus cepat membetulkan keadaan sekiranya anda pelajar tingkatan 4. Seharus anda utamakan cita-cita anda dan jangan korbannya kerana ingin belajar bersama-sama kawan-kawan yang rapat dengan anda sahaja kerana mereka juga mempunyai cita-cita mereka sendiri. Jangan terpengaruh dengan pujukan kawan. Anda berhak menentukan masa depan anda. Terdapat juga kes-kes di mana ibu bapa para pelajar yang memaksa anak-anak mereka memasuki aliran yang mereka telah tentukan. Sekiranya anda terlibat dalam kes seperti ini bawalah berbincang dengan guru kaunseling anda ataupun guru-guru yang anda rasa mampu membantu anda. Tidak perlu anda bergaduh dengan ibu bapa anda. Namun ingatlah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya . 

Bak kata pepatah Melayu 


“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”




 Cita-cita juga mestilah khusus, ini bermakna kalau anda ingin menjadi guru buatlah pilihan seperti guru Bahasa Melayu, guru Matematik, guru Sains dan sebagainya. Jikalau doktor pula seperti doktor Mata, doktor bedah, doktor haiwan dan sebagainya….Bagi pemain bola sepak pula, bahagian mana yang anda minat seperti bahagian penyerang, pertahanan, penjaga gol dan sebagainya. Dengan pengkhususan ini lebih mudah anda menyediakan perancangan dan plan tindakan anda nanti apabila membuat matlamat.
           
          Perkara yang ketiga yang anda kena bezakan ialah matlamat. 


          MATLAMAT ialah langkah-langkah ataupun tindakan-tindakan yang perlu kita ambil untuk mencapai cita-cita kita. Harus ditulis dengan teliti di atas kertas setelah perancangan terhadapnya dilakukan supaya mudah untuk di rujuk apabila hendak melaksanakannya. Lagi banyak strategi yang dirancang adalah lebih baik. Buat lingkung 10 hingga 50 perancangan anda dari segi perancangan jangka pendek, perancangan jangka sederhana dan perancangan jangka panjang. Perancangan jangka pendek, contohnya setiap ujian bulanan terdapat peningkatan, membeli majalah-majalah berkaitan pelajaran seperti majalah Fokus SPM melanggan untuk setahun, majalah berkaitan kerjaya contoh majalah Anjung Seri dan dan lain-lain. Membaca buku-buku berkaitan bidang yang anda pilih, laman web-laman web, vcd-vcd, cd-cd, kaset-kaset dan sebagainya. Bagi Perancangan Jangka Sederhana pula, antaranya target semua ‘A’ dalam peperiksaan besar anda seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain. Memasuki persatuan, kelab dan sukan yang ada kaitannya dengan cita-cita anda. Menjumpai atau menemuramah orang yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Katakan anda ingin menjadi seorang pemain bola sepak sebagai penyerang, cikgu Zul cadangkan anda berjumpalah dengan Dollah Salleh, Zainal Abidin ataupun Akmal Rizal dan seumpama dengannya. Begitu juga dengan bidang-bidang lain anda berjumpa orang berpengalaman tersebut anda akan mendapat suatu ilmu yang lebih khusus dan memotivasikan diri anda serta menceriakan hidup anda. Sekiranya akan rasa tidak mampu untuk meneruskan cita-cita anda, setelah anda berjumpa mereka yang berpengalaman ini, anda berhak menukar cita-cita anda yang lain tetapi perkara ini jarang berlaku namun kadang kala ia berlaku. Pelajar tidak perlu bimbang untuk menukarnya. Perancangan Jangka Panjang seperti anda akan memiliki kilang sendiri, makmal sains anda, memiliki sebuah kereta yang baik, rumah yang canggih, pejabat sendiri, memiliki tanah yang luas, belajar di universiti ternama di luar negara, bakal sasterawan negara, bakal ulama ternama dan tersohor, dan sebagainya mengikut bidang masing-masing.

            Oleh itu pelajar sekarang telahpun diajar untuk memiliki 3 perkara penting dalam hidup anda iaitu mempunyai Impian Tinggi, Cita-cita dan Matlamat Hidup. Buat dan teruskanlah bertindak ke arahnya pastinya anda akan berjaya. Mengikut teori psikologi NIAT, PERCAYA, TINDAKAN dan akhirnya mengeluarkan HASIL… Cikgu teringat suatu satu cerita mengenai monyet dan kura-kura ..

 Pada suatu hari tersebutlah kisah mengenai kura-kura yang rajin berusaha dan bekerja. Beliau telah menanam pelbagai jenis tanaman antaranya pokok ciku, pokok manggis, pokok durian, pokok tomato dan pokok cili. Ketika kura-kura sibuk membersihkan kebunnya datanglah seekor monyet yang meminta simpati. “Tolong!.. tolong!..tolong!....sudah tiga hari aku tak makan, kasihanilah aku, lihat badanku ini kurus kering, bantulah aku kura-kura?” Kata monyet kepada kura-kura. Kura-kurapun begitu simpati kepada monyet lalu berkata “Wahai monyet kasihan sungguh aku melihat keadaan kamu. Makanlah sepuas-puas hati kamu mana-mana tanaman aku yang engkau suka.” Lalu monyetpun dengan rakus melihat pelbagai jenis buah-buahan dan sifat tamak serta degilnya mula timbul. Tiba-tiba monyet ternampak pokok yang berbuah merah. Dia begitu berselera untuk memakan buah tersebut. “Kura-kura aku hendak makan buah yang berwarna merah itu.” Kata monyet kepada kura-kura. “Tidak boleh monyet, buah itu bukan untuk kita, buah itu untuk manusia.” Jawab kura-kura. Tanpa menghiraukan nasihat kura-kura, monyet terus menuju ke arah pokok tersebut dengan berkata “Aku tidak peduli, aku hendak juga buah itu, aku tak peduli.” Lalu monyetpun memetik segenggam cili padi yang masak berwarna merah itu dan memakannya dengan gelojoh. Selepas itu monyet merasakan kepedasan yang tak terhingga. Berkipas akhirnya monyet yang tamak dan degil itu di bawah sebatang pokok. Itulah akibatnya orang yang tidak suka mendengar nasihat orang lain. Pengajaran daripada cerita tadi ialah kajilah sesuatu itu sebelum kita bertindak. Fikirkan akibat yang akan kita hadapi. Dengarlah nasihat orang lain terutama orang yang berilmu, berpengalaman, beramal dan beriman kepada Allah S.W.T. 

   
            LANGKAH KETIGA : Target di dalam Peperiksaan anda. Target Peperiksaan terbahagi kepada 2 iaitu Target Jangka Pendek dan Target Jangka Panjang…. Bersambung……

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...