Sunday, December 26, 2010

2. Biodata, Latar Belakang Syarikat & Testimonial




2. BIODATA,  LATAR BELAKANG SYARIKAT 
& TESTIMONIAL





 Biodata 


بِسْـــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ


                                                                
                                         Zulkefli Ismail
                                      Pengarah Urusan Motivasi Berlian
                                         Pakar Motivasi & Kecemerlangan Pelajar, Guru & Ibu Bapa


                            Biodata... saya.. Nama penuh Zulkefli Bin Ismail ....dilahirkan ...di Selangor Darul Ehsan...di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang...pada 22 Ogos 1976. Mendapat Pendidikan  awal di Sek. Keb. Subang Jaya (Tahun 1-6), Sek. Men. Keb. Subang Jaya 1 ss14 (Ting. 1-5),  Sek. Men. Taman Sea,  Sek. Men. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Ting. 6) – Ketua Pelajar ...kemudian melanjutkan pelajaran ke melalui pembelajaran Luar kampus...Universiti Malaya – Bac of “Management of Business Study”. 

             Di samping belajar ...saya turut berkhidmat untuk...mendapat pengalaman menjadi guru sandaran di 2 buah sekolah...iaitu guru Sek. Men. Keb. Taman sri Muda dan kemudian menjadi guru Sek. Men. Keb. Alam Megah... selepas itu bekerja di sektor swasta ..iaitu di Macmakepper Enggering   .... sebagai kerani setor, kerani projek, dan penolong pemasaran kemudian..bekerja sebagai guru komputer, kerani, penolong pengurus dan Pengurus (Co-ordinator) di Time Com Holding.

               Dalam Pertubuhan/Ngo ...  merupakan Timbalan Sekretariat Rakan Muda Daerah Petaling,  AJK Majlis Belia Selangor Malaysia,  dan  AJK Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

              Dari sudut penulisan .. menulis di Majalah FOKUS SPM (Artikel pelajar) tajuk : Pembangunan Diri Remaja selama 3 tahun lebih dikrangkraf sdn bhd, di samping itu bagi mencurahkan perkongsian kalangan para pendidik ... menulis di Majalah PENDIDIK (Artikel guru)di Wirdad Publication Sdn. Bhd...bagi perkongsian dengan ibu bapa ...Majalah GENIUS (Artikel ibu bapa) di Sasmurni Sdn. Bhd telah mendapat tempat sebagai ruang terbaik.
                                                 
             Bagi Siaran Elektonik di Radio dan televisyen ...di Ikim.fm – Program Usahawan Jaya, 36 siri selama setengah tahun... ditaja oleh FELDA... Di Siaran TV pula... telah mendapat tempat di RTM TV1  selama 3 tahun lebih..antaranya.. Program Inspirasi Pagi, Antara tajuk yang dirakam Teknik Belajar 49 siri selama setahun, Kecemerlangan Pelajar, Teknik Guru Gemilang, Teknik Keibubapaan, Keusahawanan, Pembangunan Pekerja Unggul, Isu-isu semasa, Keagamaan dan lain-lain. Menjayakan Program 60 jam secara langsung sempena sambutan 60 tahun RTM ...Program Inspirasi Pagi – Forum sebagi penel jemputan Siaran Langsung dan  ‘Roadtour’ bersama RTM di Langkawi, Perak, Istana Kota Lama (Kelantan) dan Istana Maziah (Terengganu) selama 15 hari.... ( Inspirasi Pagi – 25 siri )...

..............................................................................................................................................................



Latar Belakang Syarikat 




            Syarikat Motivasi Berlian terletak di Seksyen 27 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Telah ditubuhkan sejak 16 tahun yang lalu. Namun begitu, ia mula aktif pada tahun 2001. Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan oleh saya sendiri bersama-sama dengan barisan personel dan tenaga pakar daripada pelbagai pertubuhan kerajaan dan NGO, syarikat ini telah berjaya mengorak langkahnya dengan lebih cemerlang. Kini, perkhidmatan konsultan yang disediakan oleh syarikat ini telah berkembang ke seluruh pelusuk tanah air dan berada di dalam fasa untuk melebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa. 


       OBJEKTIF

                   Untuk melahirkan pelajar yang unggul dari sudut pembelajaran, emosi dan spiritual dengan cara mengembangkan potensi keperibadian dan strategi kemahiran belajar. Membentuk manusia yang unggul bukanlah sesuatu perkara yang mudah malah memerlukan sesuatu proses sistematik dan berkesinambungan selain komitmen yang tinggi pada diri seseorang.


 MOTO
  
"The Perfect Achievement"


VISI

" Menjadikan Diamond Skills Study  berkelas dunia  yang 
terkemuka dan  berdikari"                                                                                                                     
                                              
                                                            MISI

1. Memberi sumbangan dalam pembangunan keperibadian dan  
    kecemerlangan para pelajar dalam membina kerjaya yang 
    profesional di masa depan.

2. Membantu pihak institusi pendidikan dan institusi pelajaran meningkatkan 
    prestasi kecemerlangan pelajar melalui TRAINING "DIAMOND SKILLS 
    STUDY", disiplin dan pembangunan modal insan para pelajar.

3. Pemudah cara bagi para pendidik dan guru membantu pelajar 
    menggunakan RTBB dalam pengajaran dan pembelajaran.




................................................................................................................................................................

Perjuangan Syarikat ini telah mendapat sokongan & restu
daripada pihak seperti :-


Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) & 
Mimbar Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa & Guru Nasional (MAPIN)


Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS)


Majlis Guru Besar Selangor (MGB)


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 


telah memangkin kelancaran program-program anjuran syarikat ini.


Majalah Fokus SPM
RTM
Majalah Pendidik





   Alamat Syarikat:
         
           Motivasi Berlian
         No 6B Jalan Kota Raja M27/M,
         Pusat Bandar Hicom,
         Seksyen 27 
         40400 Shah Alam
         Selangor Darul Ehsan
         Tel Pejabat : 03-51923503 /  016-2887788 
                               


LAMAN WEB :  http://www.motivasi-berlian.webs.com




.....................................................................




Testimonial

   Pelajar-pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah - KISAS    















.....................................................................


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil















........................................................................................................


Pelajar-pelajar Maktab Kolej Kuala Kangsar, Perak
























..........................................................................................................



Saturday, December 25, 2010

1. Selamat Datang....





           Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Apa khabar? Moga semua dalam keadaan yang sihat adanya. Selamat datang ke blog rasmi Motivasi Berlian. Dikendali oleh Zulkefli Ismail... ( Abg Zul ) Penulisan di Blog ini... sebenarnya telah diterbitkan di Majalah Fokus SPM keluaran Krangkraf Sdn Bhd...hampir selama 3 tahun lebih .... mungkin anda pernah membacanya..namun di blog ini adalah lebih... detail...


 Rahsia Teknik Belajar Berlian atau lebih dikenali sebagai Diamond Study Skills adalah asas kepada tertubuhnya Motivasi Berlian... Insya Allah anda semua akan mendapat pelbagai manfaat nanti.


Teknik ini telah digunakan oleh ribuan pelajar di pelbagai peringkat daripada sekolah rendah hinggalah ke pusat pengajian tinggi.Malahan diterapkan juga kepada para pendidik. Impak yang dihasilkan daripada kesemua aplikasi teknik-teknik ini telah melahirkan ramai graduan yang berkebolehan tinggi dalam banyak bidang.


Dengan berbekalkan moto "The Perfect Achievement", Motivasi Berlian bergerak..sebagai satu platform yang baik untuk pembangunan holistik seseorang individu bukan sahaja di dalam bidang akademik, bahkan di dalam bidang-bidang yang lain. Saya juga menggunakan pendekatan "Pembangunan Diri Pelajar" untuk memastikan wujudnya variasi dalam teknik dan strategi belajar dan mudah diaplikasikan oleh para pelajar.


Diharapkan agar anda semua akan terus mengikuti perkembangan saya  dalam entri-entri yang akan datang. Moga perkenalan ini ada manfaatnya .....dan membawa rahmat serta keberkatan kepada kita semua.


Sekian... Wassalam.


Abg..ZuL.. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...