Monday, November 28, 2011

11. BAB 3 : RAHSIA TARGET PEPERIKSAAN




BAB 3 : RAHSIA TARGET PEPERIKSAAN







           BERLIAN membawa maksud :-


B-Berilmu & berkemahiran (IQ), 


E-Emosi (EQ), 


R-Rasional (berfikir secara kreatif & inovasi) 


L-Latihan (Amali &Praktikal), 


I-Inspirasi (Ilham), 


A-Arah (Visi & Misi), 


N-Nekad (Pucak jaya)


- Zulkefli Ismail -
(Pakar Motivasi & Teknik Kecemerlangan Pelajar; 
PUSAT MOTIVASI BERLIAN). 


       Selamat berjumpa kembali dalam sesi penulisan cikgu Zul pada keluaran bulan ini. Mungkin ada yang sudah tak sabar untuk keluaran bulan ini. Namun apa yang ditunggu akhirnya anda miliki…. Sebelum cikgu Zul meneruskan perbincangan kita, mari kita semak kembali langkah-langkah yang telah cikgu zul tuliskan pada keluaran yang lepas. 


PENGENALAN : Mengenali diri dengan banyak bercakap dan berkomunikasi dengan diri sendiri(Muhasabah diri), 


LANGKAH PERTAMA : 
Rahsia Membina Matlamat Hidup, dan untuk keluaran bulan ini cikgu Zul ingin menjelaskan 


LANGKAH KEDUA : 
Rahsia Target Peperiksaan


       Target di dalam Ujian Bulanan dan Peperiksaan Besar anda. Sebenarnya apabila kita membicarakan mengenai target, pelajar mestilah dapat membahagikan kepada dua iaitu Target Jangka Pendek dan Target Jangka Panjang Peperiksaan. Mudah je.. 


         Mula-mula pelajar mestilah memahami maksudnya. Target Jangka Pendek untuk ujian bulanan sahaja manakala Target Jangka Panjang Peperiksaan adalah untuk peperiksaan yang besar seperti UPSR,PMR,SPM & STPM serta yang seumpama dengannya. Pelajar hendak sentiasa merekodkan keputusan yang lepas untuk membuat target jangka pendek. Kemudian barulah buat target anda untuk ujian bulan berikutnya. Pastikan target anda tidak lebih rendah daripada keputusan lepas dan tidak begitu tinggi keputusan yang ditarget. 


        Hal ini disebabkan bimbang para pelajar akan mengabaikan mata pelajaran lain. Buatlah target secara beransur-ansur peningkatannya dan pastikan semua mata pelajaran berlaku peningkatan markahnya walaupun sedikit. 




Seperti contoh di bawah :- 


      Syafiq mendapat keputusan Ujian Bulan Mac 2011 iaitu Bahasa Melayu 55 (c), Bahasa Inggeris 75 (b), Matematik 40 (d), Sains 40 (d), Agama Islam 80 (a), Perdagangan 50 (c), Kesusasteraan Melayu 65 (b), Prinsip Akaun 20 (e) dan Matematik Tambahan 35 (e). 


      Oleh itu beliau mestilah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dahulu sebelum membuat target ujian bulan untuk bulan Mei 2011. 


Di bawah ini ditunjukkan cara membuat target jangka pendek :- 


TARGET JANGKA PENDEK – UJIAN BULAN / PEPERIKSAAN AWAL,PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN (SPM) 


 KEPUTUSAN UJIAN BULAN MAC 2011            TARGET PEPERIKSAAN BULAN MEI 2011

MATA PELAJARAN       MARKAH                          MATA PELAJARAN          MARKAH 


Bahasa Melayu              55                                Bahasa Melayu                 70 


Bahasa Inggeris            75                                 Bahasa Inggeris                85 


Matematik                  40                                  Matematik                      65 


Sains                          40                                 Sains                               70 


Pendidikan Islam         80                                  Pendidikan Islam             95 


Perdagangan               50                                  Perdagangan                   68 


Kesusasteraan Melayu   65                                 Kesusasteraan Melayu        80 


Prinsip Akaun             20                                  Prinsip Akaun                  45 


Matematik Tambahan 35                                  Matematik Tambahan       55 




           Manakala Target Jangka Panjang Peperiksaan pula, pelajar mestilah memastikan semua keputusan mempunyai markah yang tertinggi iaitu ‘A’. Hal ini disebabkan setiap perjuangan pastinya kita hendakkan yang terbaik. Contohnya begini, katakan Syazwan ingin mendaki gunung kinabalu di Sabah. Pastinya beliau ingin mencapai kemuncak gunung tersebut walaupun belum pernah sampai dikemuncaknya tetapi yang penting ialah keinginan yang meluap-luap atau kemahuan yang berkobar-kobar tanpa mengenal erti putus asa akhir benar-benar akan menjadi kenyataan. Begitu jugalah para pelajar cikgu mestilah mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk mencipta semua mata pelajaran memperolehi markah ‘A’. Jadualnya adalah seperti berikut :- 






TARGET JANGKA PANJANG 
PEPERIKSAAN (SPM) 


MATA PELAJARAN        MARKAH 


Bahasa Melayu                95 (A) 


Bahasa Inggeris               90 (A) 


Matematik                      85 (A) 


Sains                              80 (A) 


Pendidikan Islam             98 (A) 


Perdagangan                   96 (A) 


Kesusasteraan Melayu      90 (A) 


Prinsip Akaun                  85 (A) 


Matematik Tambahan      80 (A) 




       TAMPAL DI BILIK ANDA DAN BACA SETIAP PAGI !! 


        Apa yang penting target mestilah ada perubahan ke arah yang lebih baik. Belum ada orang main bola sepak hendak target kalah 10 berbalas 1, perkara ini tak berlaku. Begitu jugalah para pelajar hendak target peperiksaan anda, jangan pula markahnya semakin rendah sebalik hendaklah terdapat peningkatan walaupun sedikit. Anda juga digalakkan melukiskan graf garis dari awal tahun hingga akhir tahun peperiksaan anda bagi setiap mata pelajaran, mudah anda melihat perkembangan bagi setiap mata pelajaran. Sama ada terdapat peningkatan ataupun penurunan markah. Amalkan kemahiran teknik belajar ini supaya anda sentiasa mengetahui KEKUATAN dan KELEMAHAN DIRI. Apabila seseorang itu mengenali dirinya, barulah dia mampu bertindak untuk mengaturkan strategi atau meminta bantuan orang lain seperti ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru dan sebagainya. 


         “Manusia Tidak Malas. Mereka hanya mempunyai matlamat yang kabur iaitu matlamat yang tidak membina inspirasi kepada mereka”-Anthony Robbins .Justeru itu, para pelajar mestilah jelas, mengapa kita perlu mempunyai target peperiksaan ini?. Cuba para pelajar bayangkan bagaimana jika seorang juru terbang pejuang yang ingin melancarkan serangan tetapi tidak tahu sasaran. Mereka akan menembak tanpa mengenal musuh ataupun kawan. 


      Oleh itu tidak berlakunya kejayaan yang sebenar dan yang paling bahaya ialah TELAH TEWAS SEBELUM BERJUANG….Ini bermakna jika anda tidak membuat target peperiksaan anda sebenarnya telahpun tewas sebelum berjuang….persediaan yang tidak mencukupi akan menyebabkan anda semakin meredah diri serta hilang keyakinan terhadap peperiksaan anda… jika perkara ini terus berulang-ulang di dalam hidup anda …..anda akan merasakan peperiksaan sesuatu perkara yang menakutkan dan membosankan diri anda…anda mula mencari helah untuk tidak mengambil peperiksaan …hentikan segera perbuatan anda ini…mulalah mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda serta mengatur perancangan untuk mencipta kejayaan yang unggul. 


         Setiap perjuangan pasti ada TITIK PERMULAANNYA…. Bak kata peribahasa Melayu “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. LANGKAH KETIGA : Teknik Perancangan dan Pengurusan Masa anda. Perancangan Masa boleh kita bahagikan kepada 4 iaitu Perancangan Tahunan, Perancangan Bulanan, Perancangan Mingguan dan Perancangan Harian. “Demi masa manusia itu di dalam kerugian…..”-Al-Quran. Bersambung…….

Monday, July 11, 2011

10. BAB 2 : MEMBINA MATLAMAT HIDUP



BAB 2 : MEMBINA MATLAMAT HIDUP




“Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu, adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita.”
– Hamka.


“Alangkah sempitnya hidup ini, kalau bukan kerana luasnya   cita-cita.” – Pepatah Arab.


            Apa khabar ? Semoga anda dalam keadaan ceria dan termotivasi setiap hari. Berjuanglah dan bermainlah seolah-olah anda adalah juara pada hari ini… Pada penulisan cikgu Zul yang pertama menerangkan langkah-langkah mengenali peribadi diri dan bertindak ke arahnya. 


LANGKAH PERTAMA : 


Mengenali diri dengan banyak bercakap dan berkomunikasi dengan diri sendiri (muhasabah diri)


LANGKAH KEDUA : 


Membina Matlamat Hidup.



            Bagi keluaran ini Cikgu Zul ingin menyambung apakah perbezaan antara impian tinggi, cita-cita dan matlamat. IMPIAN TINGGI ialah angan-angan anda yang paling utama ingin anda capai pada masa akan datang. Impian anda mungkin banyak tetapi yang paling utama mesti didahulukan. Mungkin anda ingin melaksanakan semua impian anda tetapi bukan secara serentak hinggakan anda hilang fokus dan tumpuan. Anda buatlah pilihan, contohnya anda ingin menjadi doktor, polis dan bomba. Pastinya anda akan sukar memilih kelab ataupun  persatuan sama ada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Polis ataupun Kadet Bomba . Apakah yang anda harus lakukan ialah buat pilihan yang mana anda rasa paling utama. Sekiranya sukar juga anda kena berani mengambil keputusan apakah yang anda ingin dahulukan. Begitulah caranya secara ringkas untuk anda lakukan.

            CITA-CITA pula bermaksud impian yang utama  yang akan dicapai mengikut perancangan dan tindakan anda serta mestilah khusus. Dengan perkataan lain cita-cita merupakan perkara yang realistik iaitu berpijak di bumi yang nyata mengikut apa yang diimpikan supaya menjadi kenyataan. Sebagai contoh, katakan anda ingin menjadi doktor masuklah aliran sains, jika anda ingin menjadi seorang sasterawan masuk aliran sastera manakala ingin menjadi usahawan masuk aliran perdagangan seperti mengambil subjek perdagangan, ekonomi, prinsip akaun dan sebagainya. Sekiranya anda mengambil subjek yang bertentangan dengan cita-cita anda menyebabkan anda akan lewat merealisasikan cita-cita anda dan banyak masa anda akan terbuang serta berasa bosan terhadap subjek tersebut lalu markah peperiksaan anda juga turut terjejas dengan teruknya. Biasanya anda gagal dalam subjek tersebut. Hal ini disebabkan anda tersilap memilih aliran yang sesuai mengikut keperluan cita-cita anda. Dalam kajian cikgu di sekolah dan di universiti ramai pelajar memasuki sesuatu bidang tanpa merujuk kepada orang lain yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Perkara ini harus dipandang serius kerana pelajar lebih suka mengambil subjek-subjek tertentu dengan mengikut kawan-kawan di sekolah. Anda harus cepat membetulkan keadaan sekiranya anda pelajar tingkatan 4. Seharus anda utamakan cita-cita anda dan jangan korbannya kerana ingin belajar bersama-sama kawan-kawan yang rapat dengan anda sahaja kerana mereka juga mempunyai cita-cita mereka sendiri. Jangan terpengaruh dengan pujukan kawan. Anda berhak menentukan masa depan anda. Terdapat juga kes-kes di mana ibu bapa para pelajar yang memaksa anak-anak mereka memasuki aliran yang mereka telah tentukan. Sekiranya anda terlibat dalam kes seperti ini bawalah berbincang dengan guru kaunseling anda ataupun guru-guru yang anda rasa mampu membantu anda. Tidak perlu anda bergaduh dengan ibu bapa anda. Namun ingatlah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya . 

Bak kata pepatah Melayu 


“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”




 Cita-cita juga mestilah khusus, ini bermakna kalau anda ingin menjadi guru buatlah pilihan seperti guru Bahasa Melayu, guru Matematik, guru Sains dan sebagainya. Jikalau doktor pula seperti doktor Mata, doktor bedah, doktor haiwan dan sebagainya….Bagi pemain bola sepak pula, bahagian mana yang anda minat seperti bahagian penyerang, pertahanan, penjaga gol dan sebagainya. Dengan pengkhususan ini lebih mudah anda menyediakan perancangan dan plan tindakan anda nanti apabila membuat matlamat.
           
          Perkara yang ketiga yang anda kena bezakan ialah matlamat. 


          MATLAMAT ialah langkah-langkah ataupun tindakan-tindakan yang perlu kita ambil untuk mencapai cita-cita kita. Harus ditulis dengan teliti di atas kertas setelah perancangan terhadapnya dilakukan supaya mudah untuk di rujuk apabila hendak melaksanakannya. Lagi banyak strategi yang dirancang adalah lebih baik. Buat lingkung 10 hingga 50 perancangan anda dari segi perancangan jangka pendek, perancangan jangka sederhana dan perancangan jangka panjang. Perancangan jangka pendek, contohnya setiap ujian bulanan terdapat peningkatan, membeli majalah-majalah berkaitan pelajaran seperti majalah Fokus SPM melanggan untuk setahun, majalah berkaitan kerjaya contoh majalah Anjung Seri dan dan lain-lain. Membaca buku-buku berkaitan bidang yang anda pilih, laman web-laman web, vcd-vcd, cd-cd, kaset-kaset dan sebagainya. Bagi Perancangan Jangka Sederhana pula, antaranya target semua ‘A’ dalam peperiksaan besar anda seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain. Memasuki persatuan, kelab dan sukan yang ada kaitannya dengan cita-cita anda. Menjumpai atau menemuramah orang yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Katakan anda ingin menjadi seorang pemain bola sepak sebagai penyerang, cikgu Zul cadangkan anda berjumpalah dengan Dollah Salleh, Zainal Abidin ataupun Akmal Rizal dan seumpama dengannya. Begitu juga dengan bidang-bidang lain anda berjumpa orang berpengalaman tersebut anda akan mendapat suatu ilmu yang lebih khusus dan memotivasikan diri anda serta menceriakan hidup anda. Sekiranya akan rasa tidak mampu untuk meneruskan cita-cita anda, setelah anda berjumpa mereka yang berpengalaman ini, anda berhak menukar cita-cita anda yang lain tetapi perkara ini jarang berlaku namun kadang kala ia berlaku. Pelajar tidak perlu bimbang untuk menukarnya. Perancangan Jangka Panjang seperti anda akan memiliki kilang sendiri, makmal sains anda, memiliki sebuah kereta yang baik, rumah yang canggih, pejabat sendiri, memiliki tanah yang luas, belajar di universiti ternama di luar negara, bakal sasterawan negara, bakal ulama ternama dan tersohor, dan sebagainya mengikut bidang masing-masing.

            Oleh itu pelajar sekarang telahpun diajar untuk memiliki 3 perkara penting dalam hidup anda iaitu mempunyai Impian Tinggi, Cita-cita dan Matlamat Hidup. Buat dan teruskanlah bertindak ke arahnya pastinya anda akan berjaya. Mengikut teori psikologi NIAT, PERCAYA, TINDAKAN dan akhirnya mengeluarkan HASIL… Cikgu teringat suatu satu cerita mengenai monyet dan kura-kura ..

 Pada suatu hari tersebutlah kisah mengenai kura-kura yang rajin berusaha dan bekerja. Beliau telah menanam pelbagai jenis tanaman antaranya pokok ciku, pokok manggis, pokok durian, pokok tomato dan pokok cili. Ketika kura-kura sibuk membersihkan kebunnya datanglah seekor monyet yang meminta simpati. “Tolong!.. tolong!..tolong!....sudah tiga hari aku tak makan, kasihanilah aku, lihat badanku ini kurus kering, bantulah aku kura-kura?” Kata monyet kepada kura-kura. Kura-kurapun begitu simpati kepada monyet lalu berkata “Wahai monyet kasihan sungguh aku melihat keadaan kamu. Makanlah sepuas-puas hati kamu mana-mana tanaman aku yang engkau suka.” Lalu monyetpun dengan rakus melihat pelbagai jenis buah-buahan dan sifat tamak serta degilnya mula timbul. Tiba-tiba monyet ternampak pokok yang berbuah merah. Dia begitu berselera untuk memakan buah tersebut. “Kura-kura aku hendak makan buah yang berwarna merah itu.” Kata monyet kepada kura-kura. “Tidak boleh monyet, buah itu bukan untuk kita, buah itu untuk manusia.” Jawab kura-kura. Tanpa menghiraukan nasihat kura-kura, monyet terus menuju ke arah pokok tersebut dengan berkata “Aku tidak peduli, aku hendak juga buah itu, aku tak peduli.” Lalu monyetpun memetik segenggam cili padi yang masak berwarna merah itu dan memakannya dengan gelojoh. Selepas itu monyet merasakan kepedasan yang tak terhingga. Berkipas akhirnya monyet yang tamak dan degil itu di bawah sebatang pokok. Itulah akibatnya orang yang tidak suka mendengar nasihat orang lain. Pengajaran daripada cerita tadi ialah kajilah sesuatu itu sebelum kita bertindak. Fikirkan akibat yang akan kita hadapi. Dengarlah nasihat orang lain terutama orang yang berilmu, berpengalaman, beramal dan beriman kepada Allah S.W.T. 

   
            LANGKAH KETIGA : Target di dalam Peperiksaan anda. Target Peperiksaan terbahagi kepada 2 iaitu Target Jangka Pendek dan Target Jangka Panjang…. Bersambung……

Friday, July 8, 2011

9. BAB 1 : PENGENALAN








MANCIS MULA DINYALAKAN.....









BAB 1 : PENGENALAN




Salam pengenalan abg Zul ucapkan kepada semua pelajar dan juga bakal pelajar yang setia menjadi peminat nombor satu blog Motivasi Berlian.

Benarkah kamu hendak menjadi pelajar  yang cemerlang ? Pastinya setiap kejayaan yang unggul itu ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Sekiranya benar-benar kamu inginkannya, kamu mestilah lakukan semuanya tanpa memilih yang kamu suka sahaja untuk dilakukan. Itulah syaratnya. 

Mudah bukan ? … tapi kamu harus tahu… tidak semudah yang kamu sangka kerana ia memerlukan pemahaman mengenai KEBENARAN dan KESABARAN….yang agak banyak...

Ibarat orang yang sedang mendaki gunung Everest; semakin tinggi pendakiannya semakin kuat cabarannya. Tabahkan hati dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Kita dilahirkan untuk menghadapi masalah dalam hidup kita… yang dikenali sebagai CABARAN.. dan setiap orang mempunyai masalahnya yang tersendiri. Apa yang boleh kita lakukan mengurangkan masalah itu atau menyelesaikannya. Jangan minta hidup tidak…….. bermasalah… masalah itu tetap akan ada… melainkan kita mati… Oleh itu marilah kita belajar bagaimana menghadapinya bukan mengelakkannya…

…. Ombak tetap berombak…jangan minta ombak berhenti memukul pantai… namun nelayan tetap mengharunginya… oleh itu kita belajar cara untuk mengatasinya….





"BIAR BERIBU KALI KAPAL DITENGGELAMKAN TAUFAN DAN OMBAK BESAR, NAMUN KEINGINAN MANUSIA UNTUK BELAJAR TIDAK PERNAH TERPADAM"

- PROF. HAMKA-




BERLIAN  YANG BERNILAI


Berlian merupakan batu daripada atom karbon dan terbentuk dalam bentuk batu di bahagian mental bumi kira-kira 160.94 kilometer di bawah permukaan bumi serta terbentuk berjuta tahun lamanya.
Mengapa abg ingin menceritakan mengenai berlian ? Hal ini disebabkan abg Zul ingin para pelajar bayangkan jika …anda  memiliki batu berlain ..walaupun sedikit ia tetap berharga… berbanding jika pelajar mempunyai  batu biasa..walaupun banyak… tidak sama nilainya dengan batu berlian. Oleh itu ketika kita belajar yang utama kita mencari BATU BERLIAN ini ( Isi Penting ) supaya kita mampu mencipta kejayaan… yang teruggul.





FIKIR & KATAKAN 
AKU INGIN BERUBAH


Kita mestilah mengenali diri kita sendiri….. kita mestilah belajar bercakap atau berkomunikasi dengan diri sendiri..

Contoh ayat yang boleh kita tanyakan kepada diri kita dan kemudian menjawabnya secara positif  :-


  1.  Sampai bila aku akan jadi begini ?   

     ..Aku mesti berubah sekarang…ya !! sekarang !! aku boleh !! yakin boleh !!


  2. Bagaimana caranya aku boleh   
      menghormati ibu bapaku..?    
                                                                                                                      Aku mesti mendokan mereka dalam setiap solatku dan melakukan hal-hal  yang dikehendaki oleh kedua ibu bapaku..selagi tidak melanggar syariat Allah.



  3. Perlukah aku mendekati guru-guruku ?

     ... Aku mesti berusaha merapatkan hubunganku dengan setiap guru mata pelajaran dan aku tidak akan memburukkan mereka lagi .. di kalangan kawan-kawan ku.. aku akan mohan maaf kepada mereka semua ..lalu meminta restu..moga Allah permudahkan aku memahami ilmu yang diajarinya…


  4. Apakah yang akan aku buat jika aku 
      gagal?                     

     Aku tidak akan berputus asa walaupun aku 
    berkali-kali GAGAL. Aku..akan bangkit dari  
   kesalahan dan kesilapan aku.. aku tidak akan mengulanginya lagi….


  5. Bagaimana nak memahamkan rakan-
      rakan yang asyik ajak bermain dan 
      buang masa ?
                        
     Aku tetap kawan mereka semua… Cuma 
     aku kena bagi alasan .. tidak dapat ikut 
     mereka dalam aktiviti luar …aku mesti fokus     
     ..dalam pelajaranku… peperiksaan semakin    
    hampir..perjuangan ini lebih… besar dan utama dalam hidupku..!!



** Ingat !! setelah pelajar bertanya dengan diri anda.. anda mestilah menjawab dengan jawapan yang positif…                                                                                                                       

 ................................................................................

    Dalam Bab berikutnya...Para pelajar mestilah mengetahui cara membina matlamat hidup…..dalam membina matlamat hidup pelajar hendaklah mempunyai tiga perkara iaitu IMPIAN TINGGI, CITA-CITA DAN MATLAMAT (Tindakan). Dengan membina Matlamat hidup ini pelajar akan lebih bersemangat dan mampu memfokuskan kerja harian pelajar bagi mencipta kejayaan.



          Cuba pelajar hayati kata-kata berlian ini ;



“GANTUNGKAN CITA-CITAMU… DI TEMPAT YANG TINGGI SUPAYA TIDAK DIROSAKKAN OLEH ORANG LAIN KERANA CITA-CITA IALAH SUMBER KEKUATAN PERJUANGAN YANG TIDAK TERHINGGA LAHIR DAN BATIN”
                                  
  – ABU HANAFIAH-



          Abg Zul ingin bercerita … mari kita memahaminya

         Mengenang kembali sejarah Colonel Sanders yang membina empayar perniagaannya sehingga menjadi jutawan melalui perniagaan Kentucky Fried Chicken (KFC) di seluruh dunia. Semasa belaiu memulakan perniagaannya, beliau hanya seorang pesara yang mempunyai satu resipi ayam goreng. 
       
        Untuk menjual resipinya, beliau sering mengubah idea dan mengetuk pintu restoran sebanyak 1009 kali tetapi ditolak oleh pengusaha restoran. Akhirnya  1010 barulah sebuah restoran ingin mencuba untuk menggunakan resipi beliau. Berkat kesabaran dan ketabahannya akhir beliau Berjaya.



          Benarlah kata … Thomas Henry Huxley :


“MATLAMAT YANG PENTING DALAM KEHIDUPAN BUKANNYA ILMU PENGETAHUAN SAHAJA TETAPI TINDAKAN”


8.Perkongsian Pengalaman & Pengembaraan... seluruh dunia





PERKONGSIAN PENGALAMAN & 
PENGEMBARAAN ...SELURUH DUNIA ..!! 
( Dalam usaha menawannya.. doa2.. )


........................................................................




1. PENGEMBARAAN DI KOREA SELATAN




: Pergi musim sejuk...comelkan hehehe




: Ini baju rasmi... orang korea..kirA2... golongan Bangsawan Lah ne... hahaha :)




: Ne..kat Universiti Kimcy... belajar buat kimcy tu...lepas tu..hadiahkan kepada rumah-rumah kebajikan di Korea...




: Menawan pucuk sebuah gunung kat...korea.. :p...penat betul ..rase nak turun je..dah LaH TU..kurang oksigen..+ sejuk... tapi bila sampai kat atas tu..best GILER...puLak




: tAklimat cara2..nak main sebelum buleh buat gerakan solo..... siapa gagal...stop...terus ke syurga..bawah tu.. hehehe.. cara nak stop..jatuhkan punggung..ke tanah tu..je..yang penting !!




semua.. teruja..!!




: Di Pulau Jeju..nak ge sini ..kena naik.. penerbangan dosmetik.. sampai2..je.. 
salji pun turun... memang best.. tempat..ne..boleh menyebabkan bas 
boleh gerak sendiri.....






: ne..di Pulau Jeju.. mesium..beruang.. haha.. semua beruang ada kat sini.... tapi kena sumpah dah..


Banyak..lagi tempat yang dilawati.. ne..yg dapat dikongsi...


TAMAT
........................................................................







Tuesday, July 5, 2011

7. Bersama Tokoh, Selebriti & Individu Hebat



BERSAMA TOKOH, SELEBRITI
& INDIVIDU HEBAT 


........................................................................






.......................................................................




Bersama....Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah







Bersama Prof. Madya Md Izzudin....di

Istana Maziah  Terengganu ... rakaman 

INSPIRASI PAGI RTM TV 1.....





Bersama... Wanita Pertama Malaysia.......
di Putra Jaya..








Bersama....Presiden Persatuan Ibu Bapa

 dan Guru Nasional (PIBGN), 

Prof. MadyaDatuk DrMohamad Ali Hasan

Program anjuran FELDA...




Bersama... Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said ..




Bersama artis......Era Fazira di Krangkraf..




Bekas...tokoh2 ..politik ..Malaysia



Bersama ...Penerbit RTM 1....
INSPIRASI PAGI....


Bersama.....MGB - 
Barisan Majlis Guru Besar Selangor D.E




Bersama ... Editor Majalah Fokus SPM.......   di Krangkraf


Bersama... dengan orang kuat 
Majalah Pendidik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...