Monday, December 26, 2011

13. PROGRAM SEMINAR / BENGKEL / CERAMAH / KEM



MOTIVASI DAN TEKNIK BELAJAR

PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR

TAJUK :  “DIAMOND SKILL STUDY”



Pengenalan

                Kemahiran Teknik Belajar ini diajarkan secara holistik atau menyeluruh supaya pelajar mampu terus membina kemahiran belajar tersebut setelah menghadiri program ini. Teknik Belajar ini telah disusun mengikut keperluan peserta atau pelajar bagi menguasai mana-mana cabang ilmu pengetahuan atau bagi meningkatkan pencapaian akademik. Peserta bukan hanya mempelajari satu ilmu kemahiran pelajar malahan diberi sebanyak 6 ilmu atau modul bagi membentuk satu sistem pembelajaran dalam diri pelajar yang sistematik.


Modul-modul 


1.1    - Teknik Matlamat Berlian
1.2   – Teknik Target Berlian
1.3    - Teknik Perancangan Berlian
1.4   - Teknik Membaca Secara Berlian
1.5    - Teknik Nota Berlian
1.6   - Teknik Minda Berlian

Apakah yang peserta atau pelajar akan perolehi ?



1.1  TEKNIK MATLAMAT BERLIAN ( Diamond Vision )

      Pelajar akan diajarkan mengenai keperluan untuk mempunyai cita-cita yang jelas  dalam hidupnya supaya boleh memotivasi diri mereka sendiri. Pelajar juga akan di ajar  untuk memprogramkan minda mereka melalui NLP (Neuron Lingustik Progreeming).  Setelah itu pelajar akan mempunyai semangat yang tinggi dalam merealisasikan cita-cita untuk belajar. Mereka tidak lagi merasakan belajr itu disebabkan disuruh atau  dipaksa oleh ibu bapa dan guru. Sebaliknya mereka belajar untuk mencapai kejayaan pada masa hadapannya keran sebagai satu tuntutan ibadah kerana agama, bangsa dan negara tercinta.






1.2  TEKNIK TARGET BERLIAN ( Diamond Target )

Pelajar akan mempunyai kesedaran atas kelemahan dan kekuatan dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari. Pelajar juga akan mengetahui cara-cara untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mereka dengan membuat kajian terhadap kertas ujian atau peperiksaan yang pernah mereka duduki.




1.3  – TEKNIK PERANCANGAN BERLIAN (Diamond Plan)

Pelajar akan mengetahui masa belajar yang sesuai untuk belajar sepanjang hari dan juga tahu cara tempoh membaca yang terbaik. Pelajar disedarkan masa yang dibazirkan selama 24 hari. Bagi mengurus masa pula pelajar didedahkan dengan membina jadual dalam kehidupan harian mereka mengikut Tahunan, Bulanan, Minggu dan Harian.


1.4  –TEKNIK MEMBACA SECARA BERLIAN( Diamond Read )

Pelajar akan dapat teknik bagi membezakan dalam sesuatu topik atau bab yang manakah isi penting dan yang mana isi kurang penting. Dengan kata lain yang yang batu berlian atau batu bata. Pelajar juga akan mengetahui soalan-soalan yang dikatakan popular dalam setiap topik. Teknik ini juga akan mengelakkan pelajar mengantuk ketika membaca buku terutama buku teks atau rujukan. Pelajar akan fokus untuk mencari isi-isi yang penting untuk dibuat nota berkesan.





1.5 - TEKNIK NOTA BERLIAN ( Diamond Note )

Pelajar akan diajar cara membuat nota yang lebih pendek dan padat. Apa yang terdapat dinota adalah apa yang telah dipelajari daripada teknik membaca efektif. Pelajar hanya memerlukan beberapa helai nota untuk sesuatu bab sahaja. Ini akan menyeronokan malahan dengan teknik nota pelajar mudah ingat dan mudah membawanya ke mana-mana. Teknik nota ini sangat membantu soalan-soalan berbentuk struktur dan soalan esei.



1.6 - TEKNIK  MINDA BERLIAN - Memori ( Diamond Mind )

Pelajar akan berubah dari segi kepercayaan mereka belajar di awal tahun adalah lebih mudah untuk mencipta kejayaan yang sebenar. Berbanding membaca buku disaat akhir peperiksaan. Pelajar tidak akan rasa susah atau bosan untuk mengingat atau menghafal fakta-fakta yang banyak. Malahan pelajar boleh mengingat sesuatu fakta dalam jangka masa lama atau sepanjang hayat. Teknik ini juga akan memudah pelajar dan belajar tanpa ada tekanan.

Mengapa pelajar perlu pelajari “Diamond Skill Study” ?

Sesungguhnya motivasi dan teknik belajar ini dijalankan secara holistik atau menyeluruh. Pelajar dapat ilmu yang lengkap walaupun hanya menghadiri setenggah hari program. Ini adalah kelebihan dan keistimewaan program ini berbanding program lain yang pernah anda ikuti. Melalui program ini pelajar diajarkan tentang cara untuk belajar yang sistematik dan teratur lagi tersusun. Jika pelajar benar menghayati, memahami lalu mengamalkan dalam kehidupan pelajar dalam pelajaran  pasti ia akan mengubah cara anda berfikir dan akan lebih tenang, yakin dan berjaya.. Teknik ini juga telah diuji selama 16 tahun yang telah melahit ribuan pelajar dalam dan luar negara yang berjaya.

Bagaimanakah program Motivasi & Teknik Belajar ini boleh membantu ? 

Program “Diamond Skill Study” akan memberikan panduan dan teknik untuk diamalkan dalam kehidupan  pelajar. Setelah mengikuti program ini, anda akan:

§  Faham apa itu belajar dengan ada kemahiran teknik belajar yang akan memudahkan pembelajaran anda.
§  Pelajar tidak akan perlu berbelanja besar untuk mendapatkan kemahiran belajar yang lengkap dan padat
§  Pelajar akan rasa ingin mendalami kemahiran belajar yang seterusnya kerana pendekatan yang berbeza. Malahan sepanjang program pelajar akan gembira dan ceria serta akan dicabar minda anda untuk diasah bagi menajamkan cara anda berfikir.
§  Pelajar juga dapat memperolehi falsafah kehidupan yang baru dan mampu melakukannya dengan mudah. Pelajar juga yakin belajar itu sebenarnya menyeronokkan dan melahirkan manusia yang cerdik pandai dengan ilmunya.
§  Pelajar juga akan diberi kesedaran dan keinsafan terhadap tanggung jawab kepada ibu bapa & guru.
§  Pelajar yang mempelajari  teknik sekali sahaja namun boleh digunakan sampai peringkat universiti.

Bagaimanakah program ini dijalankan ? 

Dalam program ini peserta akan diberikan penerangan asas dalam setiap modul. Peserta dibekalkan dengan sebuah buku RTBB jilid 1 bagi memastikan kesinambungan teknik ini dapat diteruskan dan mudah diulang kaji apabila lama tidak diamalkan. Peserta juga akan diberi latihan individu dan kumpulan  mengikut modul-modul yang disediakan untuk memahami dan menguasai teknik ini  lebih mendalam. Kemahiran ini juga boleh menggunakan contoh subjek-subjek sebenar yang dipelajari peserta di sekolah, kolej atau universiti.


1 comment:

  1. Good article. LAVIN NY is a United State based company and did access to the latest jewelry trends and technologies. Custom order Lavin Diamond will allow LAVIN's professional gemologists and designers to design and produce jewelry or even source for particular gemstones for customers. See more at:
    http://kidbuxblog.com/lavin-diamond/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...