Saturday, December 25, 2010

1. Selamat Datang....





           Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Apa khabar? Moga semua dalam keadaan yang sihat adanya. Selamat datang ke blog rasmi Motivasi Berlian. Dikendali oleh Zulkefli Ismail... ( Abg Zul ) Penulisan di Blog ini... sebenarnya telah diterbitkan di Majalah Fokus SPM keluaran Krangkraf Sdn Bhd...hampir selama 3 tahun lebih .... mungkin anda pernah membacanya..namun di blog ini adalah lebih... detail...


 Rahsia Teknik Belajar Berlian atau lebih dikenali sebagai Diamond Study Skills adalah asas kepada tertubuhnya Motivasi Berlian... Insya Allah anda semua akan mendapat pelbagai manfaat nanti.


Teknik ini telah digunakan oleh ribuan pelajar di pelbagai peringkat daripada sekolah rendah hinggalah ke pusat pengajian tinggi.Malahan diterapkan juga kepada para pendidik. Impak yang dihasilkan daripada kesemua aplikasi teknik-teknik ini telah melahirkan ramai graduan yang berkebolehan tinggi dalam banyak bidang.


Dengan berbekalkan moto "The Perfect Achievement", Motivasi Berlian bergerak..sebagai satu platform yang baik untuk pembangunan holistik seseorang individu bukan sahaja di dalam bidang akademik, bahkan di dalam bidang-bidang yang lain. Saya juga menggunakan pendekatan "Pembangunan Diri Pelajar" untuk memastikan wujudnya variasi dalam teknik dan strategi belajar dan mudah diaplikasikan oleh para pelajar.


Diharapkan agar anda semua akan terus mengikuti perkembangan saya  dalam entri-entri yang akan datang. Moga perkenalan ini ada manfaatnya .....dan membawa rahmat serta keberkatan kepada kita semua.


Sekian... Wassalam.


Abg..ZuL.. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...